NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan membeli sebuah kereta Tesla baharu dan menyalahkan pelampau kiri radikal kerana memboikot syarikat kenderaan elektrik milik Elon Musk. Pengumuman itu dibuat sehari selepas Tesla mengalami kejatuhan saham terburuk dalam tempoh hampir lima tahun. Trump dalam sidang media kelmarin, turut menyifatkan keganasan terhadap bilik pameran Tesla sebagai keganasan domestik. “Saya akan hentikan semua ini kerana mereka menjejaskan sebuah syarikat AS yang hebat,”…










