WASHINGTON: Para saintis berhimpun di bandar-bandar di seluruh Amerika Syarikat (AS) bagi mengecam usaha pentadbiran Presiden, Donald Trump menghapuskan kakitangan utama merentasi pelbagai agensi dan mengekang penyelidikan yang menyelamatkan nyawa. Sejak Trump kembali ke Rumah Putih, kerajaannya telah memotong pembiayaan penyelidikan persekutuan, menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Perjanjian Iklim Paris serta berusaha memecat ratusan pekerja persekutuan yang berkhidmat dalam penyelidikan kesihatan dan iklim. Sebagai tindak balas, penyelidik,…










