Polis siasat hantaran Islamofobia sasar Masjid Lakemba

Polis siasat hantaran Islamofobia sasar Masjid Lakemba

RATUSAN umat Islam berkumpul di Masjid Lakemba di New South Wales di Sydney, Australia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Polis New South Wales sedang menyiasat satu hantaran Islamofobia di media sosial yang menyasarkan Masjid Lakemba di barat Sydney.

Hantaran terbabit yang dimuat naik di laman TikTok merujuk kepada serangan pengganas oleh seorang lelaki Australia di Christchurch, New Zealand pada 2019 yang mengorbankan 51 jemaah ketika solat.

Rujukan kepada serangan tersebut disiarkan pada video Masjid Lakemba yang menunjukkan gambar jemaah semasa Ramadan.

Menyifatkan ancaman itu sebagai satu bentuk kebencian dalam talian yang tidak boleh dipandang ringan, Masjid Lakemba dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis yang menuntut supaya diberi perlindungan dan kebebasan dalam menunaikan kewajipan kepada umat Islam di kawasan itu.

“Cukuplah. Ini bukan sekadar kebencian di media sosial tetapi kita telah melihat ke mana arah tuju rasisme yang tidak dikawal ini.

“Kami tidak akan menunggu tragedi lain berlaku sebelum tindakan diambil. Kami menuntut perlindungan, penghormatan dan hak untuk hidup tanpa ketakutan di negara sendiri,” jelas menurut kenyataan itu.

Ancaman terhadap Masjid Lakemba itu berlaku dalam bulan suci Ramadan, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di Australia.

Persatuan Muslim Lubnan (LMA), yang mengendalikan Masjid Lakemba sudah merujuk kes itu kepada pihak berkuasa dan menggesa tindakan segera diambil bagi melindungi komuniti Islam di kawasan berkenaan.

“Ribuan umat Islam Australia berkumpul di Masjid Lakemba dan di seluruh negara dengan kasih sayang serta komitmen kepada negara ini. Mereka adalah rakyat yang menyumbang kepada kemakmuran dan kepelbagaian negara,” kata kenyataan LMA.

Perdana Menteri New South Wales, Chris Minns menegaskan, pihak polis telah melancarkan siasatan segera dan pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Setiap individu di negeri ini berhak mengamalkan kepercayaan mereka tanpa ancaman. Rasisme dan Islamofobia tidak mempunyai tempat di sini,” katanya.

Seorang jurucakap polis mengesahkan siasatan telah dimulakan dan tindakan lanjut akan diambil bagi memastikan keselamatan komuniti Islam di negeri itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN