Keluarga tunai hajat terakhir lelaki dikebumi dalam keranda 'Snickers'

Keluarga tunai hajat terakhir lelaki dikebumi dalam keranda ‘Snickers’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hajat terakhir seorang lelaki Britain berusia 55 tahun yang ingin dikebumikan dalam keranda bertemakan coklat Snickers tercapai apabila keluarganya menunaikan impian itu selepas kematiannya baru-baru ini.

Paul Broome, seorang pembantu penjaga orang dewasa dengan masalah pembelajaran meminta untuk dikebumikan dalam keranda bertemakan Snickers melalui wasiatnya.

Sebagai penghormatan buatnya, keluarga Broome memastikan beliau mendapat penghantaran terakhir seperti yang diinginkannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerandanya direka seperti bar Snickers yang separuh dibuka, dengan tulisan ‘I’m nuts!’ di sisinya, sama seperti pembungkus bar coklat itu.

Pengurus pengebumian di F A Holland Funeralcare di Chichester, Ali Leggo berkata, mereka teruja membantu keluarga mencari cara unik, penuh makna dan kreatif untuk mengucapkan selamat tinggal kepada orang tersayang mengikut cara yang paling sesuai bagi mereka.

“Keluarga Broome memberitahu kami bahawa dia adalah seorang yang sangat berkarakter dan perpisahannya perlu mencerminkan perkara itu.

“Keranda ini merupakan penghormatan yang sesuai untuk personaliti uniknya. Kami bangga dapat menawarkan fleksibiliti untuk memenuhi hasrat mana-mana keluarga tidak kira besar atau kecil,” katanya.

Sebagai peminat setia pasukan bola sepak England, Broome mengumpul lebih 40 jersi bersama adik-beradiknya.

Sebagai penghormatan terakhir, proses pengebumiannya melalui kafe kegemarannya di Bognor Regis dengan rakan-rakannya memakai kemeja-T peringatan khas, berkumpul untuk memberinya penghormatan terakhir semasa keranda bertema bar coklat itu lalu.

“Keluarga hanya menerima kasih sayang dan sokongan daripada mereka yang hadir. Ramai yang berkata sentuhan peribadi itu menjadikan upacara tersebut seperti sambutan sebenar kehidupan Broome,” kata Leggo.

Beliau menambah, ia adalah suatu penghormatan untuk membantu keluarga mewujudkan hasrat terakhirnya.

Awal tahun ini, seorang penduduk Sydney berusia 91 tahun, Donald Sams juga membuat permintaan khas dalam wasiatnya, iaitu dikebumikan di tanah perkuburan Kristian India selepas kematiannya.

Semasa lawatan ke-12 ke India, Sams dan pasukannya dalam perjalanan dari Sultan Ganj ke Patna ketika beliau jatuh sakit dan dibawa ke hospital swasta sebelum doktor mengesahkan kematiannya.

Setelah mendapat kelulusan daripada Kedutaan Australia dan isterinya, Alice Sams, beliau dikebumikan di Munger.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN