Keluarga Israel berang Netanyahu enggan bincang nasib tebusan di Gaza

Keluarga Israel berang Netanyahu enggan bincang nasib tebusan di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Ahli keluarga tebusan Israel di Gaza hari ini meluahkan kemarahan terhadap keputusan Kabinet Keselamatan Israel yang menangguhkan mesyuarat penting bagi membincangkan nasib tahanan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu kenyataan, Hostage Families Forum mendakwa mereka telah berulang kali mendesak Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Kabinetnya untuk mengadakan pertemuan segera, namun tuntutan itu tidak diendahkan.

“Sejak awal minggu ini, malah selama berbulan-bulan, keluarga tahanan telah menuntut mesyuarat segera bersama Perdana Menteri dan Kabinet,” kata kenyataan itu.

“Namun, tiada sebarang jawapan mahupun respon,” tambahnya, sambil menuduh Netanyahu dan pemerintahannya membahayakan nyawa tebusan dengan melancarkan serangan udara secara melulu ke atas Gaza.

Mesyuarat Kabinet Keselamatan yang dijadualkan berlangsung semalam bagi membincangkan nasib tahanan Israel di Gaza telah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada undian pemecatan Ketua Agensi Keselamatan Dalam Negeri (Shin Bet), Ronen Bar.

Pejabat Netanyahu dalam kenyataannya memaklumkan keputusan pemecatan Bar dibuat kerana hilang kepercayaan terhadapnya.

Menurut laporan Channel 12 Israel, mesyuarat bagi membincangkan isu tahanan Israel itu hanya akan diadakan pada Sabtu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN