MEXICO CITY: Protes guru mencetuskan kekacauan di lapangan terbang antarabangsa Mexico City kelmarin, dengan ribuan penunjuk perasaan menghalang jalan menuju ke terminal. Ramai penumpang terpaksa meninggalkan teksi mereka dan berjalan dengan bagasi untuk mengelakkan tertinggal penerbangan. Demonstrasi yang berlangsung selama beberapa jam itu menyebabkan ketegangan antara pemandu dan penunjuk perasaan yang menentang reformasi pencen. Kumpulan penunjuk perasaan terdiri daripada ribuan guru dan tenaga pengajar itu juga bertindak mendirikan ratusan khemah…











