WELLINGTON: Gempa bumi berkekuatan 6.7 magnitud menggegar kawasan perairan di selatan New Zealand , menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa tersebut berlaku kira-kira pukul 2.43 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer di luar hujung barat daya Pulau Selatan New Zealand. Pusat gempa terletak kira-kira 160 kilometer dari penempatan di daratan Riverton. Pada awalnya, gempa itu direkodkan dengan kekuatan 7.0 sebelum diturunkan kepada 6.7. Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang…











