BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan mengenakan tarif balas ke atas barangan Amerika Syarikat (AS) bernilai 26 bilion euro (RM125.66 billion) bermula bulan depan sebagai tindak balas terhadap tarif Washington ke atas keluli dan aluminium yang berkuat kuasa semalam. Suruhanjaya Eropah (EC) turut mengumumkan akan menamatkan penggantungan tarif ke atas produk AS pada 1 April dan akan mengemukakan pakej langkah balas baharu menjelang pertengahan April. “Langkah ini sepadan dengan skala tarif…











