Angkasawan NASA terkandas pulang dengan Dragon SpaceX

Angkasawan NASA terkandas pulang dengan Dragon SpaceX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dua angkasawan yang terkandas di angkasa selama lebih sembilan bulan kini dalam perjalanan pulang selepas kapsul SpaceX dinaiki mereka terpisah dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Kapsul angkasa SpaceX yang membawa Butch Wilmore dan Suni Williams berlepas dari stesen orbital tersebut pada pukul 5.05 pagi (waktu tempatan) atau sekitar 1.05 petang waktu Malaysia, menandakan berakhirnya misi panjang yang menarik perhatian global.

Dua angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu turut bersama warga Amerika Syarikat (AS), Nick Hague dan kosmonaut Russia, Aleksandr Gorbunov.

Kumpulan itu kini dalam perjalanan selama 17 jam untuk pulang ke bumi dan dibenarkan menukar sut angkasa mereka kepada pakaian yang lebih selesa.

Kapsul dinaiki mereka akan melepaskan payung terjun di perairan Florida untuk pendaratan di laut sekitar pukul 9.57 malam (waktu tempatan) atau kira-kira 5.57 pagi waktu Malaysia, di mana kapal pemulihan akan mengambil kru terbabit.

Wilmore dan Williams terbang ke makmal orbital pada Jun tahun lalu dalam misi yang sepatutnya hanya beberapa hari untuk menguji Starliner milik Boeing pada penerbangan kru pertamanya.

Namun, kapal angkasa itu mengalami masalah pendorongan dan dianggap tidak sesuai untuk membawa mereka pulang, menyebabkan ia kembali tanpa penumpang.

Bekas juruterbang Tentera Laut yang masing-masing berumur 62 dan 59 tahun itu telah ditugaskan semula ke misi NASA-SpaceX Crew-9.

Misi itu menyaksikan kapal angkasa Dragon terbang ke ISS September lalu membawa dua angkasawan, bukannya empat orang sperti biasa bagi memberi ruang kepada pasangan yang terkandas itu.

Kemudian, pada awal pagi Ahad, pasukan bantuan yang dipanggil Crew-10 berlabuh di stesen dan ketibaan itu disambut dengan senyuman dan pelukan ketika mereka melintasi pintu.

Ketibaan Crew-10 membuka jalan bagi Wilmore dan Williams untuk berlepas, bersama-sama dengan Hague dan Gorbunov.

Selepas pelukan besar daripada anak kapal yang tinggal di ISS, kuartet itu memasuki kapsul dan menutup pintu masuknya.

“Rakan sekerja dan rakan yang dikasihi yang kekal di stesen. Kami akan menunggu anda. Krew-9 akan pulang,” kata Hague.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN