59 maut kelab malam terbakar di Macedonia Utara - Utusan Malaysia

59 maut kelab malam terbakar di Macedonia Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELGRADE: Sekurang-kurangnya 59 orang maut dalam kebakaran di sebuah kelab malam di Bandar Kocani, Macedonia Utara, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik agensi berita kerajaan MIA.

Menurut agensi berita itu, kebakaran tercetus kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan hari ini (0200 GMT) semasa konsert kumpulan muzik DNK yang dihadiri kira-kira 1,500 pengunjung di Kelab Pulse dan dipercayai berpunca daripada penggunaan bunga api.

Kementerian Dalam Negeri belum mengeluarkan kenyataan rasmi setakat pagi Ahad, namun memberitahu agensi berita MIA bahawa sekurang-kurangnya 59 orang maut, manakala puluhan yang cedera dihantar ke hospital di pelbagai bandar di seluruh negara.

Perdana Menteri Macedonia Utara, Hristijan Mickoski, serta anggota kerajaan tiba di lokasi kejadian, sementara perkhidmatan kecemasan giat menjalankan operasi mencari dan menyela,at, menurut laporan agensi berita itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya