NAYPYIDAW: Serangan udara junta Myanmar terhadap klinik perubatan di sebuah kampung terpencil mengorbankan 11 nyawa, termasuk seorang doktor dan isterinya. Penduduk tempatan berkata, serangan udara pada 22 Mac itu memusnahkan kampung Hnan Khar di wilayah Magway, yang kini berada di bawah kawalan pasukan anti rampasan kuasa. “Ia terbang sangat rendah dan saya terdengar letupan bom kuat ketika kami sedang bersembunyi. “Sewaktu saya pergi untuk meninjau kawasan, saya hanya melihat cebisan tubuh manusia. Ia adalah pemandangan mengerikan dan imej itu masih menghantui saya,” kata seorang penduduk. Penduduk turut mendakwa tentera semakin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya