Wabak campak makin meningkat di AS

Wabak campak makin meningkat di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN: Pegawai kesihatan di dua negeri AS berusaha menjejaki punca wabak campak apabila kes jangkitan meningkat kepada hampir 100 orang.

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Negeri Texas melaporkan lebih 90 kes yang didiagnosis pada bulan lalu di kawasan South Plains di bahagian barat laut negeri itu.

Sekurang-kurangnya 77 daripadanya dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bawah 17 tahun.

Di New Mexico, pegawai berkata, sembilan orang jatuh sakit akibat wabak serupa di Lea County, di sepanjang sempadan timur negeri itu dengan Texas.

Campak sangat menular dan boleh membawa maut.

Wabak itu berlaku di tengah-tengah peningkatan sentimen anti-vaksin AS, termasuk terhadap jangkitan campak, beguk dan rubella (MMR) yang biasanya diterima semasa zaman kanak-kanak.

Pegawai kesihatan di Texas berkata, angka itu mungkin lebih besar kerana ada sesetengah ibu bapa  tidak melaporkan jangkitan atau tidak menyedari anak mereka menghidap penyakit itu.

“Campak adalah penyakit berjangkit paling menular yang diketahui pada manusia.

“Ia sangat membimbangkan kerana jangkitan ini sepatutnya boleh dicegah sepenuhnya,” kata Pakar penyakit berjangkit dan sarjana kanan di Universiti Johns Hopkins, Dr. Amesh Adalja kepada CBS News.

“Ia adalah penyakit berjangkit paling menular yang diketahui manusia,” tambahnya.

Jangkitan campak boleh mendatangkan komplikasi yang sangat teruk untuk wanita hamil dan kanak-kanak kecil, termasuk radang paru-paru, gangguan saraf, kehilangan pendengaran dan kematian.

Mangsa yang terselamat berisiko mendapat penyakit otak dan sistem saraf yang degeneratif yang dikenali sebagai subacute sclerosing panencephalitis (SSPE).-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN