Ukraine setuju tandatangan perjanjian mineral dengan AS

Ukraine setuju tandatangan perjanjian mineral dengan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine bersetuju dengan syarat perjanjian mineral dikemukakan Amerika Syarikat (AS) dan boleh menandatanganinya seawal hari Jumaat dalam lawatan Presiden, Volodymyr Zelensky ke Washington, lapor pegawa Kyiv.

Presiden AS, Donald Trump menuntut Ukraine memberikan akses kepada mineral nadir buminya untuk mengimbangi berbilion dolar bantuan semasa perang yang diterima di bawah pentadbiran pendahulunya, Joe Biden.

“Perjanjian itu akan menyaksikan AS bersama-sama membangunkan kekayaan mineral Ukraine, dengan pendapatan disalurkan kepada dana yang baru diwujudkan untuk kepentingan bersama rakyat Ukraine dan AS.

“Ketika ini pegawai kerajaan sedang mengusahakan butirannya. Buat masa ini, kami sedang mempertimbangkan untuk melawat Washington pada hari Jumaat untuk menandatangani perjanjian itu,” kata sumber kanan Ukraine kepada AFP.

Ukraine telah meminta jaminan keselamatan daripada AS sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian.

Sumber itu berkata, draf perjanjian tersebut termasuk rujukan kepada ‘keselamatan’, tetapi tidak menyatakan secara jelas peranan AS.

“Terdapat klausa umum yang mengatakan AS akan melabur dalam Ukraine yang berdaulat, stabil dan makmur, yang berfungsi untuk keamanan berkekalan dengan AS menyokong usaha untuk menjamin keselamatan,” jelasnya.

Sumber itu juga berkata, Washington telah memadam klausa yang mungkin tidak menguntungkan Ukraine, termasuk ia menyediakan sumber bernilai AS$500 billion (RM2.2 trillion).-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN