Trump tangguh tarif ke atas Kanada dan Mexico

Trump tangguh tarif ke atas Kanada dan Mexico

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas Mexico dan Kanada selama 30 hari selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara itu hanya beberapa jam sebelum langkah tersebut dijadualkan berkuat kuasa.

Kedua-dua Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata, mereka bersetuju untuk meningkatkan usaha penguatkuasaan sempadan sebagai tindak balas kepada permintaan Trump untuk membanteras pendatang haram dan penyeludupan dadah.

Trudeau berkata, Kanada akan menggunakan teknologi baharu dan 10,000 polis di sepanjang sempadannya dengan AS untuk menghentikan aliran fentanyl.

Sheinbaum pula memaklumkan negaranya bersetuju mengukuhkan sempadan utaranya dengan 10,000 anggota Pengawal Kebangsaan untuk memerangi pengedaran dadah.

Trump memberi amaran mungkin menaikkan tarif ke atas China melebihi 10 peratus yang telah diumumkannya dan akan membincangkan perkara itu dengan Presiden, Xi Jinping.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×