Tempahan percutian di Santorini masih tinggi

Tempahan percutian di Santorini masih tinggi

PEMANDANGAN perkampungan Oia di Pulau Santorini di Greece.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Tempahan percutian di Pulau Santorini di Greece tetap tinggi meskipun masih berlaku aktiviti seismik, kata Menteri Pelancongan negara itu pada Khamis.

Olga Kefalogianni menegaskan, pihak berkuasa memantau dengan teliti gempa bumi tersebut dan akan mengambil langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan pengunjung.

“Pesanan penting dari Greece kepada dunia luar adalah kami akan menguruskan apa jua yang berlaku, berkongsi semua data dan mana-mana pelancong yang bercadang ke Santorini perlu tahu bahawa aktiviti (seismik) wujud,” katanya kepada penyiar awam ERT. 

Apabila ditanya bagaimana aktiviti seismik mempengaruhi perniagaan di pulau itu, beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengendalikan pulau tersebut seperti yang dilakukan tahun lepas. 

“Jelas akan ada langkah-langkah perlu diambil yang akan disesuaikan bergantung kepada perkembangan aktiviti seismik,” katanya.

Pulau gunung berapi Santorini merupakan salah satu tarikan pelancongan paling popular di Greece, dengan dianggarkan 3.4 juta pelancong mengunjunginya setiap tahun.

Pada 6 Februari lalu, pihak berkuasa Greece mengisytiharkan darurat di seluruh pulau itu sehingga 3 Mac akibat peningkatan aktiviti seismik.

Minggu lalu, media tempatan melaporkan walaupun aktiviti seismik sedang berada dalam keadaan tenang relatifnya, ia masih berkait rapat dengan rekahan bawah laut serta gabungan proses tektonik dan pergerakan magma.

Saintis berkata, sekitar 1,300 gempa bumi direkodkan di kawasan perairan Anydros antara Thera dan Amorgos sejak 1 Februari lalu dengan yang terbesar berukuran 5.3 skala Richter.

Dalam temu bual televisyen minggu lalu, saintis terkenal dan Pengerusi Sains Bumi di Akademi Athens menerangkan bahawa gempa bumi tersebut semakin kuat dan meluas.

Susulan situasi itu, beliau berkata terlalu awal untuk menolak kemungkinan berlaku letusan gunung berapi di Santorini.

Gunung berapi di Santorini pernah meletus sebanyak tiga kali pada ada ke-20, pada 1925-1926, 1939-1941 dan 1950.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN