Taufan Zelia 'mengganas' di pantai barat Australia

Taufan Zelia ‘mengganas’ di pantai barat Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Taufan Tropika Zelia dengan tiupan angin mencapai kelajuan 290 kilometer sejam (km/j) melanda pantai barat Australia yang kaya dengan sumber mineral hari ini, menyebabkan amaran kecemasan dan penutupan pelabuhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Jabatan Meteorologi Australia, taufan yang bergerak perlahan kini berada pada kategori lima  iaitu tahap paling teruk apabila mendarat di timur Port Hedland yang juga satu daripadapelabuhan bijih besi paling sibuk di dunia.

“Kejadian ribut ini membawa angin kuat dengan kelajuan 290 km/j, disertai dengan hujan lebat berterusan serta ancaman banjir kilat dan ombak ribut,” kata pegawai jabatan tersebut, Matthew Collopy.

Jelasnya, taufan itu sedikit melemah kepada kategori empat ketika ia bergerak ke kawasan Pilbara.

Perkhidmatan kecemasan di Australia Barat memberitahu orang ramai yang berada dalam laluan taufan supaya berlindung di bahagian rumah yang paling kukuh, dengan memberi amaran bahawa sudah terlambat untuk cuba meninggalkan kawasan tersebut.

Ramalan cuaca menunjukkan taufan itu kini dijangka akan bergerak ke pedalaman, melintasi kawasan perlombongan dan ternakan yang tidak ramai penduduk.

Taufan kategori lima terakhir yang melanda Australia Barat ialah Taufan Ilsa pada April 2023.

Pilbara Ports mengumumkan sudah mengeluarkan kapal-kapal dan menghentikan operasi di pusat eksport mineral utama di Port Hedland dan Port Dampier serta pelabuhan pengiriman minyak dan gas di Pulau Varanus sebagai persediaan menghadapi ribut terbaharu ini.

Kumpulan perlombongan Rio Tinto juga telah mengeluarkan kapal-kapal dari pelabuhan di kawasan itu dan menghentikan pengangkutan rel.

“Ia masih terlalu awal untuk mengatakan berapa lama operasi pelabuhan dan rel akan ditutup dan apa impaknya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Syarikat perlombongan BHP turut memaklumkan, sudah memberhentikan operasi di Port Hedland dan mengumumkan bahawa semua penerbangan keluar dan masuk dari lapangan terbang bandar itu telah dibatalkan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN