Pelarian Syria terkejut disambut 'rumah tanpa bumbung'

Pelarian Syria terkejut disambut ‘rumah tanpa bumbung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Selepas lebih sedekad peperangan dan krisis pelarian, ramai rakyat Syria yang kembali ke rumah mereka terkejut mendapati kediaman mereka telah dirompak dan ditinggalkan tanpa bumbung.

Di bandar-bandar seperti Maarat Al-Numan dan Kfar Nabl di utara Syria, penduduk yang melarikan diri bertahun-tahun lalu telah kembali sejak kejatuhan bekas Presiden, Bashar Al-Assad, tetapi kini berhadapan dengan kenyataan pahit mengenai kecurian dan kemusnahan besar.

Maarat Al-Numan, yang terletak di laluan strategik antara bandar Aleppo dan Damsyik, menjadi salah satu titik pertemuan penting dalam perang saudara Syria.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kumpulan hak asasi manusia, Pasukan Bashar merampas semula kawasan itu dari kawalan pemberontak pada 2020 sebelum kumpulan yang mempunyai kaitan dengan rejim itu merompak rumah penduduk dan merobohkan beberapa daripadanya untuk mendapatkan bahan berharga dan perabot, manakala logam serta kabel dicuri dari bumbung rumah untuk dijual.

Satu video udara kawasan tersebut menunjukkan barisan rumah yang masih berdiri, namun tanpa bumbung.

Anmar Zaatour, seorang penduduk yang meninggalkan kawasan itu pada 2019 berkata, dia kembali pada 2025 dan mendapati rumahnya telah musnah.

“Tiada tempat untuk meletakkan anak-anak kami. Kemusnahan ini bukan akibat serangan bom, ia adalah dari tentera. Bukan hanya rumah saya musnah, malah rumah jiran dan rakan,” katanya.

Sementara itu, Zakaria Al-Awwad yang sedih melihat rumahnya musnah ketika kembali ke Maarat Al-Numan berkata, kediamannya adalah antara yang pertama terkena serangan itu.

“Tiada tempat seperti rumah sendiri. Walaupun saya perlu menggunakan kain sebagai bumbung, ia lebih baik daripada segalanya. Kami kini bebas dan kebebasan ini sangat berharga,” katanya.

Seorang penduduk yang kembali, Hassan Barbesh berkata, mustahil untuk meneruskan kehidupan tanpa bumbung rumah.

“Maarat Al-Numan adalah sebuah bandar yang miskin. Ia tugas yang sangat sukar untuk bermula semula dari tiada apa-apa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN