Israel bersedia tawan Gaza dengan sokongan Trump

Israel bersedia tawan Gaza dengan sokongan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel bersedia untuk menduduki Gaza di bawah kepimpinan Ketua Staf Tentera yang baharu dilantik, Eyal Zamir, dengan kerjasama pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich semasa ucapan mesyuarat blok Parlimen di Knesset, semalam, lapor sumber penyiar KAN dan akhbar Maariv.

“Kumpulan Lubnan, Hezbollah, kini di tahap terendahnya dalam beberapa dekad.

“Ia terasing dalam kerajaan Lubnan, jauh daripada kuasa, terputus daripada laluan bekalan darat di Syria, kekurangan pemimpin dan kebanyakan keupayaan musnah,” katanya.

Selasa lalu, Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan, tentera Israel menarik diri dari kampung dan bandar yang didudukinya di selatan kecuali lima lokasi penting di sepanjang sempadan.

Smotrich turut memberi amaran kepada pejuang Hamas yang didakwanya tahu kedudukan mereka di wilayah itu terbatas sehingga Israel kembali menyerang dengan segala kekuatan dan keupayaan memusnahkan kumpulan tersebut.

“Apabila kami memutuskan untuk sampai masa menyambung semula perang, mereka (Hamas) akan terkejut dengan kekuatan kami untuk menakluk Gaza,” tambahnya yang turut berikrar untuk bertindak balas lebih dahsyat berbanding sebelumnya.

Beliau berkata, tentera Israel sedang bersiap di bawah kepimpinan Ketua Staf Zamir, yang akan memulakan tugasnya pada minggu pertama Mac dengan sokongan politik daripada pentadbiran Trump.

Di Tebing Barat, Smotrich mengancam untuk mengubah kawasan itu menyerupai Jabalia di utara Gaza, di mana Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik.

Beliau bangga dengan tindakan menghalau puluhan ribu penduduk Palestin dari kem pelarian di Tebing Barat bagi membolehkan tenteranya memusnahkan kawasan tersebut.

Katanya, tentera Israel sedang mengerahkan kereta kebal dan kenderaan berperisai di Tebing Barat untuk menghapuskan penduduk yang dianggapnya sebagai pengganas.

Ahad lalu, tentera Israel menggerakkan batalion kereta kebal ke Jenin di utara Tebing Barat buat pertama kalinya dalam lebih dua dekad sebagai sebahagian daripada persiapan untuk memperluaskan operasinya.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×