BAITULMUQADDIS: Sesi persekolahan di Gaza kembali bermula semalam selepas tertangguh hampir dua tahun akibat serangan Israel selama 16 bulan ke atas wilayah itu. Kementerian Pendidikan Gaza dalam satu kenyataan berkata, pelajar akan menghadiri sesi pembelajaran di sekolah yang masih berfungsi, telah dibaik pulih dan lengkap atau melalui sekolah alternatif dan pusat pendidikan yang ditubuhkan di banyak kawasan. Kementerian itu berkata, pihaknya berusaha untuk menyediakan kursus dalam talian bagi pelajar yang…










