Dua suspek rompak kedai emas di Sungai Golok ditahan

Dua suspek rompak kedai emas di Sungai Golok ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Pi­hak berkuasa Thailand menahan dua daripada 10 suspek yang dipercayai melarikan barang kemas bernilai lebih RM3.11 juta dalam rompakan di sebuah kedai emas dekat Pasaraya Big-C, Sungai Golok, di sini pada 5 Oktober lalu.

Kedua-dua suspek yang dikenali sebagai Bakri Semae, 25, dan Muhamad Nasai Cheya, 43, ditahan menerusi operasi khas di Sungai Padi, di sini pada 9 Oktober lalu.

Menurut sumber polis, hasil siasatan awal kedua-dua suspek itu mengaku terlibat dalam serangan bom kereta di Pejabat Daerah Sungai Golok pada 8 Mac lepas.

“Kedua-dua suspek juga mengaku terlibat dalam sera­ngan ke atas pangkalan Unit Perlindungan Kecil Mukim Kia di Daerah Sukirin, Narathiwat pada 28 Jun lalu.

“Dalam rompakan kedai emas itu mereka mengaku bertindak sebagai pengawal dan pengiring ketika melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sumber polis itu berkata, me­lalui siasatan dan bukti forensik yang dikumpul di tempat keja­dian, pasukan khas polis mengenal pasti lima lagi suspek yang terbabit dalam rompakan itu.

Katanya, kelima-lima mereka ialah Azmin Saleme, 34, Toyib Metalong, 32; Musatafa Che Din, 36; Sik Mat Sae, 44, dan Mansor Puteh, 31.

“Kesemua suspek ini mempunyai sejarah melakukan jenayah keselamatan termasuk pengeboman dan serangan bersenjata ke atas pangkalan kecil pasukan keselamatan.

“Kita tidak menolak kemungkinan individu-individu ini melarikan diri dan bergerak di kawasan hutan serta pergunungan di sempadan Thailand-Malaysia dan di tiga daerah di Narathiwat iaitu Sungai Padi, Waeng serta Cho Airong,” ujarnya.

Menurutnyam waran tangkap telah dikeluarkan terhadap kelima-lima suspek dan gerakan memburu mereka terus diperhebat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN