48 maut, lombong emas haram runtuh di Mali

48 maut, lombong emas haram runtuh di Mali

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO: Sekurang-kurangnya 48 orang maut dalam kejadian runtuhan lombong emas yang beroperasi secara haram di barat Mali, semalam.

Mali merupakan antara pengeluar emas utama di Afrika dan tapak perlombongan sering menjadi lokasi kejadian tanah runtuh serta kemalangan maut.

Pihak berkuasa bergelut mengawal aktiviti perlombongan emas yang tidak dikawal selia di negara, yang merupakan antara termiskin di dunia.

Kejadian pada Sabtu berlaku di sebuah tapak terbiar yang sebelum ini dikendalikan oleh syarikat China, menurut sumber kepada AFP.

“Setakat pukul 6 petang (waktu tempatan) hari ini, jumlah korban mencecah 48 orang berikutan runtuhan itu.

“Sebahagian mangsa terjatuh ke dalam air. Antaranya seorang wanita yang membawa bayi,” kata sumber polis.

Pegawai tempatan mengesahkan kejadian runtuhan itu, manakala persatuan pelombong emas Kanieba turut meletakkan jumlah kematian pada 48 orang.

Pencarian mangsa lain masih teruskan, kata ketua organisasi alam sekitar.

Januari lalu, kejadian tanah runtuh di sebuah lombong emas di selatan Mali mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan menyebabkan ramai lagi hilang, kebanyakan wanita.

Lebih setahun lalu, sebuah terowong runtuh di tapak perlombongan emas di wilayah sama dengan insiden mengorbankan lebih 70 nyawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×