4 maut letupan gas di gedung beli-belah Taiwan

4 maut letupan gas di gedung beli-belah Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Letupan gas yang disyaki berlaku di gedung serbaneka Taiwan mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan 26 yang lain, lapor pihak berkuasa.

Latupan kuat itu menyebabkan serpihan besar kaca berhamburan di atas jalan raya berhampiran.

Agensi Bomba Kebangsaan berkata, pasukan penyelamat berusaha mengelarkan mangsa selepas letupan berlaku di medan selera di tingkat 12 gedung beli-belah Shin Kong Mitsukoshi di bandar Taichung.

“Lantai bawah ditutup untuk kerja pembinaan ketika kejadian,” kata agensi itu.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan detik letupan berlaku, dengan serpihan berterbangan dan debu berkepul-kepul dari dalam bangunan.

Seorang wanita yang berada di tingkat enam kedai ketika kejadian berkata, terdapat gegaran yang sangat kuat dan kemudian serpihan mula jatuh bertaburan.

“Pada mulanya, kami menyangka ia adalah gempa bumi. Apabila saya menuruni tangga, terdapat kaca pecah di setiap tingkat di pintu masuk lif. Setiap tingkat terjejas,” kata wanita itu kepada penyiar tempatan TVBS.

Tujuh sekeluarga dari Macau adalah antara yang terkorban dan cedera selepas mereka terkena serpihan yang jatuh ketika meninggalkan gedung serbaneka itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN