100,000 penduduk kesejukan, dron Russia sasar loji janakuasa Ukraine

100,000 penduduk kesejukan, dron Russia sasar loji janakuasa Ukraine

SEORANG lelaki berjalan hanya bersuluhkan lampu kereta kerana bekalan elektrik terputus di Odesa dan Kharkiv, Ukraine.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Lebih 100,000 penduduk terpaksa bersejuk selepas serangan dron Russia menyasarkan loji janakuasa haba di Mykolaiv, selatan Ukraine semalam.

Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal menyifatkan serangan itu sebagai tindakan yang disengajakan bagi mencetuskan krisis kemanusiaan.

“Tindakan ini bertujuan meninggalkan penduduk tanpa pemanas dalam cuaca sejuk melampau serta mencipta bencana kemanusiaan,” katanya menerusi aplikasi Telegram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pula menegaskan, serangan tersebut menyasarkan infrastruktur awam dan bukan kawasan pertempuran.

“Ini adalah satu lagi bukti jelas bahawa Russia sedang berperang bukan sahaja dengan rakyat Ukraine, tetapi juga terhadap kehidupan sendiri di negara ini,” katanya dalam satu hantaran di platform X.

Tambah beliau, pekerja pembaikan sedang giat berusaha bagi memulihkan semula bekalan pemanasan di Mykolaiv.

Dalam serangan udara itu, Russia melancarkan sebanyak 143 dron ke Ukraine, namun tentera Kyiv berjaya menembak jatuh 95 daripadanya, manakala 46 lagi gagal mencapai sasaran dipercayai akibat gangguan elektromagnetik.

Seorang penduduk dilaporkan cedera dalam serangan itu yang turut menyebabkan kerosakan rumah di wilayah Kyiv.

Dalam Persidangan Keselamatan Munich yang berlangsung selama tiga hari dan dijangka berakhir hari ini, Zelenskyy sekali lagi menggesa sekutu Barat supaya meningkatkan bantuan sistem pertahanan udara bagi melindungi Ukraine.

Beliau memaklumkan Russia kini menguasai 20 peratus wilayah Ukraine dan sedang bergerak perlahan ke arah timur ketika pencerobohan berskala besar Moscow hampir memasuki tahun ketiga.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN