TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran gencatan senjata di Gaza yang dijadualkan petang ini tidak akan dikuatkuasakan sekiranya Hamas gagal menyerahkan senarai tebusan untuk dibebaskan. Dalam satu kenyataan, pejabat Netanyahu memaklumkan beliau telah mengarahkan pasukan tentera Israel (IDF) untuk menangguhkan gencatan senjata sehingga senarai tersebut diterima. “Gencatan senjata yang dijadualkan bermula pada 8.30 pagi (waktu tempatan) tidak akan dikuatkuasakan sehingga Israel menerima senarai tebusan seperti yang dijanjikan…