Melania Trump ikut jejak suami lancar mata wang kripto sendiri

Melania Trump ikut jejak suami lancar mata wang kripto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Wanita pertama Amerika Syarikat (AS) Melania Trump turut melancarkan mata wang kriptonya sendiri pada malam pelantikan suaminya sebagai Presiden AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden terpilih, Donald Trump melancarkan mata wang kripto $Trump.

Kedua-dua mata wang itu menyaksikan peningkatan dalam pasaran perdagangan namun pada harga yang tidak menentu.

“Meme Melania Official kini disiarkan secara langsung! Anda boleh membeli $MELANIA sekarang,” tulisnya di platform media sosial X.

Laman web Melania Official Meme memaklumkan ia adalah aset kripto yang dicipta dan boleh dijejaki pada rantaian Solana.

Menurut laman web CoinMarketCap, $Trump mempunyai jumlah penilaian pasaran kira-kira AS$12 billion (RM53.95 billion) manakala $Melania berada pada sekitar AS$1.7 billion (RM7.64 billion).-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN