Gencatan senjata Gaza dan pembebasan tebusan bermula hari ini

Gencatan senjata Gaza dan pembebasan tebusan bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa dengan pembebasan tebusan menyusul, membuka jalan kepada kemungkinan berakhirnya perang 15 bulan yang telah menjejaskan Asia Barat.

Tentera Israel mula berundur dari kawasan di Rafah Gaza ke koridor Philadelphi di sepanjang sempadan antara Mesir dan Gaza, lapor media pro-Hamas awal pagi ini.

Perjanjian itu menyusuli beberapa bulan rundingan yang diuruskan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS) dan dibuat sejurus sebelum pelantikan Presiden AS, Donald Trump esok.

Gencatan senjata tiga peringkat itu akan berkuat kuasa pada pukul 8.30 pagi (waktu tempatan)  atau sekitar 2.30 petang waktu Malaysia.

Peringkat pertamanya akan berlangsung selama enam minggu, di mana 33 daripada baki 98 tebusan wanita, kanak-kanak serta lelaki berusia lebih 50 tahun yang sakit dan cedera akan dibebaskan sebagai balasan kepada hampir 2,000 banduan dan tahanan Palestin.

Mereka termasuk 737 banduan lelaki, wanita dan remaja, sebahagiannya adalah ahli kumpulan pejuang Palestin yang disabitkan dengan serangan sejak permulaan perang.

Tiga tebusan wanita dijangka dibebaskan pada petang ini melalui Palang Merah, sebagai balasan kepada 30 banduan setiap seorang.

Selepas pembebasan tebusan yang dijadualkan hari ini, perunding utama AS, Brett McGurk berkata, perjanjian itu menggesa empat lagi tebusan wanita dibebaskan selepas tujuh hari, diikuti dengan pembebasan tiga lagi tebusan setiap tujuh hari selepas itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×