AS bebas tahanan paling lama di kem Teluk Guantanamo

AS bebas tahanan paling lama di kem Teluk Guantanamo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang warga Tunisia yang menjadi antara tahanan paling lama di Teluk Guantanamo dibebaskan dari pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS).

Menurut Pentagon, Ridah Saleh al-Yazidi dipindahkan ke negara asalnya selepas ditahan tanpa pertuduhan sejak kemudahan tahanan itu dibuka pada Januari 2002.

Lelaki berusia 59 tahun itu pernah muncul dalam satu foto ikonik pusat tahanan tersebut, yang menunjukkan tahanan berlutut di kawasan terbuka Kem X-Ray.

Pembebasannya adalah sebahagian daripada siri pemindahan terbaharu bulan ini, termasuk tiga tahanan lain yang dihantar pulang ke Kenya dan Malaysia.

Jumlah tahanan di Teluk Guantanamo menurun sedikit sejak Presiden, Joe Biden memegang jawatan, daripada 40 orang kepada 26 ketika ini.

Lebih separuh daripadanya kini layak untuk dipindahkan.

Penilaian ketenteraan yang bocor dari 2007 menunjukkan pihak berkuasa Pakistan menangkap Ridah pada Disember 2001 berhampiran sempadan Afghanistan.

Pegawai AS mendakwa beliau adalah sebahagian daripada kumpulan yang melarikan diri daripada pertempuran Tora Bora dan mempunyai kaitan dengan al-Qaeda, walaupun hak asasi manusia mempertikaikan kredibiliti dakwaan itu.

Siri halangan diplomatik yang rumit menyebabkan Ridah terus ditahan walaupun mendapat kelulusan pemindahan pada 2007 di bawah pentadbiran George W. Bush dan Barack Obama.

Bekas pegawai Jabatan Negara, Ian Moss menyatakan kelewatan itu berpunca daripada cabaran diplomatik dengan Tunisia dan laporan Ridah tidak mahu mempertimbangkan negara alternatif untuk penempatan semula, menurut New York Times.

Pentagon tidak memberikan butiran mengenai pengaturan untuk pemulangan Ridah ke Tunisia.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×