10 maut pesawat terhempas di Colombia

10 maut pesawat terhempas di Colombia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, lapor pihak berkuasa.

Pesawat yang dikendalikan Pacifica Travel itu hilang Rabu lalu ketika dalam penerbangan dari Jurado ke Medellin sebelum dilaporkan terhempas di kawasan luar bandar Urrao, sebuah kawasan perbandaran di Antioquia, barat laut Colombia.

“Malangnya, tiada mangsa terselamat. Kami mempunyai 37 anggota yang bertugas di lokasi dan sedang mempercepat fasa kedua, termasuk usaha membawa keluar mayat,” kata Pengarah Jabatan Pengurusan Risiko Antioquia, Carlos Rios Puerta.

Beliau berkata, keadaan cuaca buruk menyukarkan proses pemulihan.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa penerbangan awam turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang telah berkumpul di Lapangan Terbang Medellin.

Pihak berkuasa penerbangan awam turut melancarkan siasatan bagi menentukan punca nahas berkenaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×