Muhammad jadi nama bayi lelaki paling popular di England, Wales

Muhammad jadi nama bayi lelaki paling popular di England, Wales

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa di England dan Wales untuk menamakan anak lelaki mereka, dengan lebih 4,600 bayi didaftarkan dengan nama itu sepanjang tahun lalu.

Muhammad turut dinobat sebagai nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama teratas sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) semalam.

Nama itu sebelum ini menjadi antara 10 nama teratas di England dan Wales untuk bayi lelaki sejak 2016.

Dedah perangkaan ONS, Oliver tersenarai di tangga ketiga nama kegemaran untuk kanak-kanak lelaki di dua negara itu.

Nama Olivia pula kekal sebagai pilihan utama untuk bayi perempuan, diikuti oleh Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×