Guru cabul murid dihukum penjara 111 tahun

Guru cabul murid dihukum penjara 111 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang guru sebuah sekolah di Bangkok telah dijatuhi hukuman penjara 111 tahun dan 216 bulan oleh Mahkamah dalam kes melibatkan pencabulan seksual terdapat seorang kanak-kanak lelaki,  menurut pengumuman Jabatan Siasatan Khas (DSI).

Guru tersebut turut diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak 1.5 juta baht (RM196,662) kepada mangsa dan 650,000 baht (RM 85,224) kepada ibunya atas jenayah yang dilakukan oleh beliau semasa mengajar di sebuah sekolah berdekatan wilayah Phitsanulok.

Guru tersebut yang hanya dikenali sebagai Tee, 32 tahun telah ditangkap pada 24 Jun lalu sebagai sebahagian daripada siasatan DSI terhadap agensi model Pathum Thani yang disyaki melakukan pencabulan seksual terhadap kanak-kanak.

Pemilik agensi tersebut, Danudet Saengkaew, 28 tahun mengaku bersalah atas jenayah tersebut pada awal tahun ini selepas pihak polis menemui lebih 500,000 imej kanak-kanak yang dicabuli secara seksual dalam simpanannya.

Dia didapati bersalah atas lebih 60 kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 121 tahun dan 223 bulan pada 11 Februari lalu.

Danudet juga diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak 2.1 juta baht (RM275,255) kepada lapan mangsa yang dikenal pasti oleh DSI daripada gambar-gambar tersebut.

Siasatan DSI juga mendapati Danudet dan Tee telah bekerjasama dalam kegiatan mencabul kanak-kanak.

Tee mengaku bersalah melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak di sekolah, termasuk di dalam keretanya, tandas dan bilik audio-visual.

Bukti menunjukkan kedua-duanya mungkin telah mencabul lebih dari 1,000 mangsa.

Jabatan tersebut kini sedang berusaha untuk mengenal pasti mangsa-mangsa lain dalam gambar tersebut bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×