KABUL: Dua kemalangan bas di lebuh raya tenggara Afghanistan mengorbankan jumlah keseluruhan 52 orang dan mencederakan 76 yang lain, kata jurucakap kerajaan.
Jurucakap gabenor wilayah Ghazni, Hafiz Omar berkata, insiden pertama melibatkan perlanggaran antara bas penumpang dan kapal tangki minyak di lebuh raya Kabul-Kandahar.
Kejadian kedua berlaku di kawasan berbeza di lebuh raya sama apabila sebuah bas dilaporkan melanggar trak di daerah Andar yang menghubungkan ibu kota Afghanistan dengan selatan negara itu.
“Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital di Ghazni dan pihak berkuasa sedang dalam proses menyerahkan mayat kepada keluarga.
“Mangsa yang parah sudah dipindahkan ke Kabul. Wanita dan kanak-kanak adalah antara yang terkorban,” kata Hafiz.
Kemalangan jalan raya sering berlaku di Afghanistan, kebanyakannya disebabkan oleh keadaan jalan raya yang buruk dan kecuaian pemandu.-AGENSI










