TikTok disaman tujuh keluarga di Perancis

TikTok disaman tujuh keluarga di Perancis

TIKTOK melarang sebarang rakaman, klip video atau gambar penderaan kanak-kanak bagi melindungi mereka daripada eksploitasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Tujuh keluarga di Perancis memfailkan saman terhadap gergasi media sosial, TikTok, menuduh platform itu mendedahkan anak remaja mereka kepada kandungan berbahaya sehingga dua daripadanya membunuh diri pada usia 15 tahun.

Saman itu mendakwa, algoritma TikTok mendedahkan tujuh remaja tersebut kepada video yang mempromosikan bunuh diri, mencederakan diri dan gangguan pemakanan, menurut peguam, Laure Boutron-Marmion.

Keluarga tersebut mengambil tindakan undang-undang secara bersama di mahkamah Creteil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Boutron-Marmion berkata, ini adalah kes berkumpulan yang pertama di Eropah.

“Ibu bapa mahu tanggungjawab undang-undang TikTok diiktiraf di mahkamah.

“Ini adalah syarikat komersial yang menawarkan produk kepada pengguna, apatah lagi remaja. Oleh itu, mereka harus bertanggungjawab atas kekurangan produk tersebut,” katanya.

TikTok, seperti platform media sosial lain, sudah lama mendapat perhatian mengenai caranya memantau kandungan dalam aplikasi tersebut.

Seperti Meta, TikTok juga berdepan ratusan tindakan undang-undang di Amerika Syarikat (AS) yang didakwa mempengaruhi jutaan kanak-kanak ketagih kepada platform itu, sehingga merosakkan kesihatan mental mereka.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN