Sidang Kemuncak Arab-Islam bincang usaha tangani pencerobohan Israel di Gaza, Lubnan

Sidang Kemuncak Arab-Islam bincang usaha tangani pencerobohan Israel di Gaza, Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Para pemimpin Arab dan negara Islam tiba di Arab Saudi bagi menghadiri sidang kemuncak yang akan memberi tumpuan kepada perang Israel di Gaza dan Lubnan.

Menurut Saudi Press Agency, pemimpin-pemimpin Islam yang hadir akan membincangkan serangan berterusan Israel ke atas wilayah Palestin dan Republik Lubnan, serta perkembangan semasa di rantau itu.

Sidang kemuncak itu diadakan setahun selepas perhimpunan serupa di Riyadh bagi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berpangkalan di Kaherah.

Saluran berita Al-Ekhbariya Saudi turut menyiarkan rakaman Presiden Nigeria, Bola Tinubu dan Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati di Riyadh.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif juga dijadual hadir dan kementerian ehwal luar Pakistan memaklumkan beliau merancang untuk menggesa agar pembunuhan beramai-ramai serta tindakan kejam Israel di Gaza dihentikan serta merta.

Dalam ada itu, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dilaporkan tidak menyertai sidang puncak tersebut dan igantikan dengan Naib Presiden pertama Iran, Mohammad Reza Aref.

Sidang kemuncak tahun lalu di Riyadh menyaksikan pertikaian tentang langkah-langkah seperti memutuskan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan Israel serta mengganggu bekalan minyak.

Menteri Hal Ehwal Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan turut mengadakan beberapa siri perbincangan bersama rakan sejawatnya yang tertumpu kepada perkembangan terkini di Semenanjung Gaza serta usaha berterusan untuk menangani cabaran kemanusiaan dan politik yang dihadapi rantau ini.

Semua yang hadir menekankan kepentingan tindakan kolektif dalam rangka agenda sidang kemuncak itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN