MANILA: Pihak berkuasa membersihkan pokok tumbang dan serpihan bumbung di sekitar kawasan perkampungan di utara Filipina selepas Taufan Yinxing membadai kawasan pantai semalaman. Taufan kuat itu, menerbangkan bumbung rumah dan memaksa beribu-ribu penduduk mencari perlindungan. Sementara hampir 30,000 orang berlindung di kemudahan yang dikendalikan kerajaan beberapa hari sebelum Yinxing mendarat, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat taufan itu. Angin Yinxing berkelajuan 175 kilometer sejam merobohkan talian elektrik, menumbangkan pokok dan memecahkan…