AS beku kontrak pembelian 130 jentolak untuk Israel

AS beku kontrak pembelian 130 jentolak untuk Israel

SEORANG aktivis Palestin mengangkat bendera negara ketika kenderaan berperisai dan jentolak Israel melalui jalan di Tulkarem, Tebing Barat.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Amerika Syarikat (AS) membekukan penghantaran kira-kira 130 jentolak ke Israel berikutan perobohan rumah di Gaza.

Menurut akhbar Yedioth Ahronoth, Kementerian Pertahanan Israel menandatangani kontrak besar untuk membeli sekitar 130 jentolak D9 daripada pembuat jentera AS, Caterpillar.

Memetik sumber keselamatan Israel, akhbar itu mendakwa, Washington membekukan perjanjian tersebut kerana penggunaan jentolak berkenaan untuk merobohkan rumah di Gaza, yang mencetuskan kritikan meluas di AS.

Sumber itu mendakwa, Israel membayar jentolak itu dan sedang menunggu kelulusan eksport daripada Jabatan Negara AS.

Akhbar harian Israel itu mendakwa, pembekuan berlaku ketika rejim sangat memerlukan jentolak berkenaan, terutama setelah peralatan tersebut diselenggara.

Menurut laporan, tentera Israel juga terlibat dalam operasi darat di selatan Lubnan selama lebih sebulan, yang memerlukan jentolak D9 tambahan untuk digunakan di kawasan tersebut.

Katanya, pembekuan penghantaran jentolak melambatkan penyelesaian rancangan Israel untuk mewujudkan zon penampan antara Gaza dan Negev di selatan Israel, termasuk meratakan ratusan bangunan serta kawasan pertanian Palestin di sepanjang sempadan Gaza.

Menurut akhbar itu, Washington juga membekukan penghantaran ratusan bom berat kepada tentera Israel, yang sudah membeli kira-kira 1,300 bom daripada Boeing.

Bom itu mempunyai berat hampir satu tan setiap satu, di mana AS didakwa bimbang ia boleh digunakan untuk membahayakan orang awam di Gaza.

Katanya, walaupun separuh daripada bom berat itu akhirnya dihantar, separuh lagi masih tersekat di kemudahan simpanan AS.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN