38 terbunuh serangan Israel di Baalbek

38 terbunuh serangan Israel di Baalbek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dalam siri serangan di sekitar Baalbek di Lembah Bekaa ketika Israel meningkatkan serangan ke atas timur Lubnan, menurut gabenor wilayah berkenaan.

Gabenor Baalbek Hermel, Bachir Khodr berkata, terdapat kira-kira 40 serangan Israel ke atas wilayah tersebut yang turut mencederakan 54 orang.

Sementara itu, serangan turut berlaku di selatan Beirut selepas tentera Israel mengeluarkan amaran pemindahan paksa kepada penduduk di tiga kawasan selatan Lubnan.

Jurucakap tentera Israel menyatakan di platform X, penduduk di kawasan selatan Burj al-Barajneh, Laylaki dan Haret Hreik perlu berpindah, sambil menambah penduduk yang berada berhampiran dengan markas Hezbollah yang menjadi sasaran rejim Zionis tersebut.

Israel dan kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan saling melancarkan serangan sejak setahun lalu.

Pertempuran semakin sengit pada akhir September selepas serangan maut ke atas anggota kumpulan itu di Lubnan, dan Israel mula melancarkan operasi darat secara terhad ke kampung-kampung sempadan Lubnan.

Serangan pada Rabu berlaku selepas Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem berkata, beliau tidak percaya tindakan politik akan menghentikan perang.

“Apabila musuh memutuskan untuk menghentikan pencerobohan, terdapat jalan untuk rundingan yang telah kami jelaskan dan rundingan tidak langsung melalui negara Lubnan dan Speaker Parlimen Nabih Berri,” kata Qassem.

Sementara itu, Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati, pada Rabu berkata, serangan Israel ke atas Lubnan kini menjadi “jenayah terhadap kemanusiaan”.

Tambah Mikati, Israel menghalang usaha antarabangsa untuk menghentikan pertempuran dan beliau meletakkan tanggungjawab ke atas masyarakat antarabangsa terhadap perang tanpa henti Israel ke atas rakyatnya.

Kementerian Kesihatan Awam Lubnan melaporkan sejak pertempuran bermula tahun lalu, lebih 3,000 orang telah terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan, dengan majoriti kematian berlaku dalam tempoh enam minggu lalu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN