13 terkorban insiden bangunan runtuh di Tanzania

13 terkorban insiden bangunan runtuh di Tanzania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 13 mangsa disahkan maut apabila sebuah bangunan empat tingkat runtuh di ibu kota komersial Tanzania, Dar es Salaam, semalam.

Menurut Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan, lebih 80 mangsa berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sehingga kini, seramai 26 mangsa masih dirawat di hospital, katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tragedi yang berlaku sekitar jam 9 pagi (waktu tempatan) itu melibatkan sebuah bangunan yang terletak berhampiran pasar Kariakoo, di bahagian timur Dar es Salaam.

Samia juga turut memaklumkan kerajaan akan menanggung kos rawatan semua mangsa yang cedera serta membantu menguruskan pengebumian bagi mereka yang terkorban.

Insiden seperti ini bukan perkara baharu di beberapa bandar utama Afrika di mana pakar menyatakan tragedi sebegini sering dikaitkan dengan piawaian pembinaan yang lemah atau penguatkuasaan peraturan yang longgar.

Kejadian itu sekali lagi mengundang persoalan terhadap tahap keselamatan dan kualiti pembinaan di Tanzania, khususnya di kawasan berpenduduk padat seperti Dar es Salaam.

Kerajaan dijangka mengambil langkah tegas bagi memastikan insiden serupa tidak berulang pada masa hadapan. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN