WASHINGTON: Calon Presiden parti Republikan, Donald Trump mendakwa akan segera memecat peguam khas, Jack Smith yang membawa dua kes persekutuan terhadapnya, sekiranya beliau memenangi pilihan raya pada November ini. Trump yang sedang menunggu hukuman atas tuduhan berasingan berkaitan bayaran ‘hush money’, dituduh oleh Smith berkomplot untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya 2020 yang dimenangi calon Demokrat, Joe Biden. Kenyataan Trump yang menyasarkan Smith mendorong kempen lawannya, Kamala Harris, menuduh bekas presiden…










