Trak banquet ‘Transformers’ tular di China

Trak banquet ‘Transformers’ tular di China

TANGKAP layar video memaparkan sebuah trak kontena bertukar menjadi dewan banquet.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Trak kontena ala ‘Transformers’ yang mampu bertukar menjadi dewan jamuan besar dengan hanya menekan satu butang kini semakin popular di banyak kawasan luar bandar di sekitar China. 

Video memaparkan sebuah trak berubah menjadi dewan banquet dalam masa enam minit tular di media sosial sejak minggu lalu, tetapi menurut beberapa laporan berita, kenderaan istimewa itu sudah wujud sejak sekian lama.

Kenderaan itu pertama kali muncul di wilayah Mongolia tetapi terbukti sangat popular di sana dan pantas berkembang ke wilayah jiran seperti Heilongjiang, Jilin dan Gansu.

Sejak beberapa tahun lalu, trak tersebut banyak dikesan di kawasan luar bandar di utara Shanxi, utara Hebei dan barat Shandong.

Trak mudah alih itu boleh memuatkan sehingga 200 orang sering disewa untuk menganjurkan pelbagai acara seperti majlis perkahwinan, perayaan dan pesta tempatan. 

Bahagian dalamannya sama seperti restoran konvensional, lengkap dengan penghawa dingin, skrin tayangan besar serta peralatan audio dan karaoke.

Bagaimanapun trak dewan banquet itu tidak termasuk dapur, justeru makanan perlu dimasak di tempat lain dan hanya dihidangkan di restoran bergerak.

Pemilik trak yang hanya dikenali sebagai Liu berkata,  dia sering menyewakan kenderaan sepanjang 17.5 meter itu dengan mengenakan bayaran kira-kira 8,000 yuan (RM4,854) selama dua hari.

Katanya, trak tersebut menelan belanja 700,000 yuan (RM424,746) tetapi harganya boleh mencecah 1 juta yuan (RM606,780) bergantung kepada spesifikasinya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN