PM Thailand mohon maaf kepada keluarga mangsa tragedi Tak Bai

PM Thailand mohon maaf kepada keluarga mangsa tragedi Tak Bai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra memohon maaf atas insiden tragis yang meragut nyawa 85 penduduk Islam di Tak Bai di selatan Thailand 20 tahun lalu.

Kesemua tujuh tertuduh dalam kes pembunuhan beramai-ramai itu termasuk bekas ahli Parlimen parti pemerintah, terlepas daripada hukuman apabila tempoh luput 20 tahun bagi pendakwaan di mahkamah tamat hari ini.

“Saya berasa sangat sedih atas apa yang berlaku dan memohon maaf bagi pihak kerajaan,” kata Paetongtarn, anak kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yang ketika itu mengetuai kerajaan Thailand.

Tragedi pembunuhan Tak Bai berlaku pada 2004, ketika pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap sekumpulan penunjuk perasaan di luar sebuah balai polis di wilayah Narathiwat.

Insiden itu meragut nyawa tujuh orang akibat tembakan, manakala 78 lagi mati lemas apabila mereka ditahan dan disusun bertindih di belakang trak tentera, dengan tangan terikat di belakang badan.

Kejadian itu menjadi salah satu insiden paling berdarah dalam pemberontakan oleh masyarakat Melayu Islam di Thailand.

Paetongtarn juga menegaskan insiden itu tidak patut dipolitikkan dan menyatakan statut had masa tidak boleh dilanjutkan kerana ia melanggar perlembagaan.

Sementara itu, pakar hak asasi manusia Pertubhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kemungkinan tiada sesiapa yang akan dipertanggungjawabkan dalam tragedi tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menyatakan kebimbangan kes ini akan tamat begitu sahaja apabila tempoh had masa tamat.

“Keluarga mangsa telah menunggu hampir dua dekad untuk keadilan,” ujar pakar tersebut, sambil menyeru kerajaan Thailand untuk memastikan hak mereka untuk mendapat keadilan dan pampasan dipenuhi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN