Netanyahu patut ingat jasa pentadbiran AS- Biden

Netanyahu patut ingat jasa pentadbiran AS- Biden

PRESIDEN AS, Joe Biden (kanan) berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semasa pertemuan di White House, Washington, DC, 25 Julai lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meminta Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu untuk mengingat kembali ‘jasa’ pentadbirannya terhadap Israel sepanjang konflik di Gaza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Biden menegaskan, sehingga kini tiada pentadbiran lain yang membantu Israel melebihi kerajaan AS yang dipimpinnya ketika ini.

Beliau menegaskan perkara itu selepas mendakwa tidak mengetahui sama ada Netanyahu sengaja menangguhkan perjanjian gencatan senjata di Gaza untuk mempengaruhi Pilihan Raya AS, bulan depan.

“Sama ada Netanyahu cuba mempengaruhi pilihan raya, saya tidak tahu tetapi saya tidak bergantung kepada itu.

“Namun tiada pentadbiran yang membantu Israel lebih daripada saya. Tiada! Dan saya rasa Netanyahu patut ingat itu,” tegas Biden semasa penampilan mengejut dalam taklimat media di White House, Jumaat lepas.

Beberapa anggota Demokrat menyuarakan kebimbangan bahawa Netanyahu mengabaikan gesaan Presiden AS untuk merundingkan gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan bagi menjejaskan peluang parti itu pada November ini.

Tinjauan menunjukkan keganasan yang semakin meningkat di Asia Barat dan kegagalan mencapai perjanjian diplomatik memberi kesan negatif terhadap Biden dan calon Demokrat, Kamala Harris.

Penarafan kelulusan presiden dalam kalangan Arab-Amerika merosot sepanjang tahun lepas, sebahagian besarnya disebabkan oleh kemarahan terhadap sokongan AS kepada kempen ketenteraan Israel.

Biden berulang kali mendesak perjanjian diplomatik antara Israel serta Hamas dan mendakwa usaha tersebut semakin hampir tercapai.

Bagaimanapun, perjanjian itu kekal tergantung dan masih menemukan jalan buntu, bahkan dilihat semakin sukar dicapai sebelum pilihan raya.–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN