WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan semula penerbangan kenderaan pelancaran SpaceX Falcon 9 setelah menyemak dan menerima hasil siasatan yang diketuai oleh SpaceX. Pada 30 September lalu, FAA mengarahkan siasatan terhadap punca kerosakan peringkat kedua Falcon 9 selepas misi angkasawan NASA, sehingga menyebabkan kenderaan pelancaran itu digantung untuk kali ketiga dalam tempoh tiga bulan. Kerosakan itu menyebabkan pendorong roket jatuh ke kawasan Lautan Pasifik di luar zon…










