WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meminta penjelasan daripada Israel mengenai serangan mengerikan di utara Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 93 rakyat Palestin. Jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller menyatakan permintaan itu susulan serangan ke atas bangunan kediaman di Beit Lahiya yang menyebabkan puluhan lagi cedera. Miller mengakui beliau tidak dapat mengesahkan jumlah kematian, tetapi menegaskan AS menganggap insiden itu sebagai kejadian buruk dengan kesan yang mengerikan. Tambah beliau, Washington telah menghubungi pegawai Israel…