Bom bunuh Ismail Haniyeh disembunyi dua bulan lalu - Utusan Malaysia

Bom bunuh Ismail Haniyeh disembunyi dua bulan lalu

Rakyat Tunisia mengadakan demonstrasi terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tunis, Tunisia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL : Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dipercayai dibunuh dengan peranti alat letupan yang diseludup sejak dua bulan lalu ke rumah tumpangan yang didudukinya di Teheran, lapor akhbar New York Times.

Memetik lima pegawai Asia Barat, akhbar tersebut melaporkan, bom berkenaan diletupkan dengan alat kawalan jauh selepas Ismail dipercayai berada di dalam biliknya.

Bom tersebut membunuh beliau dan pengawal peribadinya serta menyebabkan kerosakan pada bangunan.

Pemimpin pergerakan Jihad Islam Palestin, Ziyad Al-Nakhalah, yang menghuni rumah bersebelahan mendedahkan, bilik Ismail tidak rosak teruk, sekali gus menunjukkan dalang serangan menyasarkan kedudukan pemimpin Hamas itu dengan tepat.

Pengguna media sosial Iran menyatakan, rumah tumpangan itu terletak berhampiran Kompleks Saadabad di utara Teheran.

Oleh kerana strukturnya yang terbuka, ia boleh dilihat dari jauh dan mudah menjadi sasaran.

Pemimpin Hamas itu berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian pada Selasa lalu.

Terdapat spekulasi bahawa Israel membunuh Ismail dalam serangan dron. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN