Ismail Haniyeh minta Anwar teruskan perjuangan Palestin

Ismail Haniyeh minta Anwar teruskan perjuangan Palestin

TEMPAT duduk di Axiata Arena, Bukit Jalil dipenuhi orang ramai yang menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan perjuangan untuk Palestin.

Perkara itu dikongsikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul di Himpunan Pembebasan Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini.

Menurut Johari, perkara itu diberitahu ketika beliau bertemu dengan Allahyarham semasa sama-sama menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

“(Ismail Haniyeh beritahu) Please go back dan beritahu Anwar Ibrahim, teruskan perjuangan mulia beliau.

“Dan malam ini saya nak sampaikan bahawa Al Syahid Ismail Haniyeh meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kita dan terus berjuang untuk anak-anak Palestin,” katanya.

Kongsi Johari, beliau cuma tersedar pembunuhan berlaku apabila melihat pergerakan tentera cukup banyak

“(Saya) bertanya apa terjadi dan mesej datang bertalu-talu bahawa Ismail Haniyeh dibunuh di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Perdana Menteri menterjemahkan pesanan terakhir Allahyarham itu dan seluruh rakyat Malaysia akan mendukung perjuangan rakyat Palestin.

“Insya-Allah rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum akan terus beri sokongan kepada Palestin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN