Kapal angkasa China mendarat di bahagian jauh bulan

Kapal angkasa China mendarat di bahagian jauh bulan

KAPAL pendarat Chang' e 6 di bahagian jauh bulan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Selepas perjalanan selama sebulan, sebuah kapal angkasa China berjaya mendarat di zon gelap di bahagian lebih jauh di bulan yang belum pernah dicapai oleh negara lain.

Para saintis angkasa lepas China mendaratkan kapal Chang’e 6 di kawah besar yang dikenali sebagai Lembangan Kutub Selatan-Aitken pada pukul 6.23 pagi kelmarin (waktu tempatan).

Pegawai Pentadbiran Angkasa Lepas China (CNSA) berkata, pasukannya sedang merancang mengumpul batu dan tanah dari kawasan permukaan bulan yang sukar dijangkau itu buat pertama kali dalam sejarah.

“Tepukan gemuruh bergema di Pusat Kawalan Penerbangan Aeroangkasa Beijing apabila kapal pendaratan Chang’e mendarat di bulan pada awal pagi Ahad.

“Semua orang sangat teruja bahawa kita mungkin melihat batu-batu ini yang belum pernah dilihat oleh sesiapa pun sebelum ini,” kata Pakar Geologi Bulan Universiti Manchester, Profesor John Pernet-Fisher kepada BBC.

Sementara itu, Pakar Sains Aeroangkasa dan Technology Corp. China, Huang Hao berkata, kapal angkasa itu berlegar kira-kira 91.44 meter di atas permukaan bulan, mengimbasnya dengan teknologi 3D sebelum mendarat.

“Chang’e 6 kini akan memulakan penerokaan selama tiga hari di permukaan bulan, mengumpulkan sehingga dua kilogram bahan dalam misi yang akan merangkumi banyak inovasi kejuruteraan, risiko tinggi dan kesukaran yang besar.

“Apa yang paling menarik, Chang’e 6 akan berusaha untuk mengekstrak beberapa batu tertua yang diketahui wujud di kutub selatan bulan,” jelasnya.

Pernet-Fisher berkata, peluang untuk menganalisis batu dan objek lain dari bahagian yang berbeza bakal membantu menjawab persoalan asas tentang rekod sejarah 4.5 bilion tahun bulan dan memberi petunjuk baharu mengenai pembentukan sistem suria.

“Kebanyakan batu yang dikumpul setakat ini adalah jenis vulkanik, sama seperti yang mungkin kita temui di Iceland atau Hawaii. Tetapi bahan di sebelah jauh akan mempunyai kimia yang berbeza.

“Ia akan membantu kami menjawab soalan yang sangat besar seperti bagaimana planet terbentuk, mengapa kerak terbentuk dan apakah asal usul air dalam sistem suria, ” jelasnya.

China adalah satu-satunya negara yang pernah mendaratkan modul di bahagian belakang bulan setelah melakukannya buat kali pertama dengan kapal angkasa Chang’e 4 pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN