Pengeluaran beras Thailand merosot akibat perubahan iklim

Pengeluaran beras Thailand merosot akibat perubahan iklim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pengeluaran beras Thailand dijangka merosot dalam tempoh 70 tahun akan datang berikutan kesan buruk perubahan iklim.

Kumpulan petani dan pesawah di negara itu muncul sebagai mangsa paling terdedah kepada kesan perubahan iklim yang mengakibatkan penurunan luar biasa hasil tanaman.

Pakar menggesa kerajaan untuk melaksanakan rancangan segera bagi mengurangkan masalah itu, dengan keselamatan makanan antara kebimbangan terbesar mereka.

Perkara itu ditegaskan oleh Pensyarah Ekonomi Universiti Kasetsart, Witsanu Attavanich yang mengetuai projek penyelidikan bertajuk Kesan Perubahan Iklim terhadap Pertanian Thailand.

Dalam projek yang bermula pada 2017, tanaman kontan negara dikaji berdasarkan dua senario pertanian melibatkan peningkatan suhu.

Kajian mendapati dalam tempoh 70 tahun akan datang, pengeluaran beras di seluruh Thailand akan menurun sebanyak 10.18 dan 13.33 peratus.

Penurunan kritikal dapat dilihat di zon bukan pengairan yang merangkumi tiga perempat daripada tanah di mana ladang padi terletak iaitu sebanyak 31.9 peratus dan 42.2 peratus.

Tanaman tebu, ubi kayu dan durian juga dijangka berkurangan dalam tempoh 70 tahun, dengan hasil tebu menurun sebanyak 25 hingga 35 peratus.

Kajian itu menjangkau 30 tahun dan akan berakhir menjelang 2055.

“Kebanyakan petani di Thailand tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan kekurangan akses kepada teknologi pertanian pintar yang menjadikan mereka kumpulan paling rapuh dalam krisis.

“Pihak berkuasa sudah membentangkan pelan penyesuaian perubahan iklim sejak sekian lama, tetapi masalahnya ialah petani tidak dapat mengubah rancangan itu menjadi tindakan,” katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan melabur lebih banyak dalam rizab air berskala kecil di kawasan terpencil seperti telaga dan sumber air bawah tanah.

Dalam pada itu, Pengarah Yayasan BioThai, Withoon Liemchamroon berkata, ladang tanaman tunggal merupakan punca utama pelepasan gas rumah hijau dan memusnahkan keselamatan makanan.

“Kita mesti kembali kepada agroekologi dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia dan baja berbahaya.

“Kerajaan juga harus mewujudkan alat undang-undang untuk merobohkan perniagaan monopoli yang menyebarkan konsep perladangan tanaman tunggal dan tidak menggalakkan kepelbagaian serta keselamatan makanan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN