Lebih 2,000 orang tertimbus dalam tanah runtuh di Papua New Guinea

Lebih 2,000 orang tertimbus dalam tanah runtuh di Papua New Guinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT MORESBY: Papua New Guinea memaklumkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa lebih 2,000 orang tertimbus dalam tanah runtuh besar yang melanda sebuah kampung terpencil di negara itu.

“Tanah runtuh itu menimbus lebih 2,000 orang hidup-hidup dan menyebabkan kemusnahan besar.

“Bencana alam tersebut juga menyebabkan kemusnahan besar kepada bangunan, tanaman dan memberi impak buruk ke atas talian hayat ekonomi negara,” kata pusat bencana negara itu kepada pejabat PBB di ibu negara Port Moresby.

Sebuah perkampungan terpencil di lereng bukit yang dahulunya sibuk di wilayah Enga hampir musnah apabila bahagian sisi Gunung Mungalo runtuh awal pagi Jumaat lalu, menimbus banyak rumah dan orang ramai yang masih nyenyak tidur ketika itu.

Jelasnya lagi, lebuh raya utama ke Lombong Porgera turut disekat sepenuhnya oleh serpihan batu dan tanah daripada gunung tersebut.

“Keadaan kekal tidak stabil kerana tanah runtuh terus beralih perlahan-lahan, menimbulkan bahaya berterusan kepada kedua-dua pasukan penyelamat dan mangsa yang terselamat.

“Skala malapetaka ini memerlukan tindakan segera dan kolaboratif daripada semua pihak termasuk tentera serta responden kebangsaan dan serantau,” tambahnya.

Pusat bencana di Port Moresby turut menyeru PBB untuk memaklumkan rakan pembangunan Papua New Guinea dan rakan antarabangsa lain tentang situasi terkini itu bagi memohon bantuan diselaraskan segera.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN