Kalendar sekolah Filipina kembali bermula 2025

Kalendar sekolah Filipina kembali bermula 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. berharap Jabatan Pendidikan dapat mengembalikan semula sesi baharu persekolahan mengikut kalendar lama, bermula tahun depan.

Beliau memaklumkan sudah meminta Naib Presiden dan Setiausaha Pendidikan, Sara Duterte untuk mengembalikan semula kalendar persekolahan lama selepas pembatalan sesi kelas bersemuka akibat suhu panas melampau kesan El Nino.

“Nampaknya kita tidak perlu menunggu lebih lama lagi dan ia sangat diperlukan.

“Saya tidak melihat sebarang bantahan daripada sesiapa terutamanya ancaman dari El Nino,” katanya lapor The Manila Times.

Sebelum ni, Jabatan Pendidikan berkata, pihaknya akan mengemukakan syor bagi menamatkan sesi persekolahan 2024-2025 menjelang Mac 2025, untuk kembali kepada kalendar akademik lama pada sesi persekolahan berikutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya