Anggota bomba, pegawai hutan didakwa cetus kebakaran hutan di Chile

Anggota bomba, pegawai hutan didakwa cetus kebakaran hutan di Chile

PULUHAN rumah hangus dalam kebakaran hutan di kawasan kejiranan El Olivar di Chile.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO: Seorang anggota bomba sukarela dan pegawai perhutanan Chile didakwa terlibat mencetuskan kebakaran hutan di tengah Chile pada Februari lalu yang mengorbankan lebih 130 orang.

Anggota bomba sukarela, Francisco Ignacio Mondaca bersama seorang pegawai dari Perbadanan Perhutanan Nasional Chile (CONAF), Francisco Pinto merupakan kakitangan daripada kementerian Pertanian yang bertanggungjawab mencegah kebakaran hutan.

Pejabat pendakwa raya di Valparaiso, bandar pantai berhampiran kawasan paling teruk dilanda kebakaran berkata, kedua-dua suspek berada dalam tahanan pra-perbicaraan.

Pihak berkuasa berkata, Mondaca melakukan plot itu, sambil memetik Pinto sebagai dalang utama jenayah itu.

Pendakwa raya berkata, mereka mempunyai akses kepada bukti yang menunjukkan Moncada dan Pinto bertindak dengan sengaja dan mereka mempunyai pengetahuan tentang keadaan cuaca optimum untuk memulakan kebakaran tersebut.

“Kami mempunyai bahan yang menunjukkan bahawa mereka bersetuju untuk bertindak bersama apabila keadaan meteorologi yang sesuai timbul bagi memastikan kebakaran berlaku,” kata Pendakwa Raya Wilayah Valparaiso, Claudia Perivancich kepada pemberita.

Pegawai berkata, mereka menemui peranti yang diperbuat daripada rokok dan mancis untuk memulakan kebakaran di empat lokasi kebakaran pertama kali berlaku pada 2 Februari lalu.

Hakim memberi tempoh enam bulan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan, menegaskan usaha segera perlu dilakukan ke atas kes kehilangan mangsa dan telefon bimbit setiap suspek.

Menurut catatan di laman X, Pendakwa Raya, Osvaldo Ossandon berkata, pihak berkuasa dapat mengaitkan Mondaca dengan enam kebakaran sebelum ini yang berlaku di kawasan itu.

Insiden kebakaran tersebut merupakan bencana alam terburuk yang melanda negara Amerika Selatan itu sejak gempa bumi dan tsunami 2010 yang mengorbankan lebih 500 nyawa.

Chile, Argentina dan bahagian lain di selatan Amerika Selatan  menghadapi gelombang haba yang teruk dan dijangka akan berterusan sepanjang bulan-bulan musim panas akibat perubahan iklim.

Cuaca melampau di Chile juga diburukkan lagi oleh fenomena iklim El Niño, yang menghangatkan Lautan Pasifik.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN